Terowong Kuantan ECRL sepanjang 2.8 km ditembusi dua bulan

Terowong Kuantan ECRL sepanjang 2.8 km ditembusi dua bulan lebih awal

KERJA-kerja penembusan Terowong Kuantan ECRL berjaya ditembusi dua bulan awal daripada jadual ditetapkan iaitu pada Disember ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Terowong Kuantan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sepanjang 2.8 kilometer berjaya ditembusi dua bulan lebih awal dari jadual dan menjadikannya terowong ke-12 melengkapkan proses pengorekan sehingga hari ini.

Letupan terakhir di Terowong Kuantan hari ini menembusi lapisan akhir kira-kira 1,700 meter dari portal masuk terowong.

Jika mengikut jadual, proses penembusan Terowong Kuantan yang mempunyai purata ketinggian 11.89 meter dan kelebaran 13.26 meter itu dijangka siap Disember ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL), Datuk Seri Darwis Abdul Razak berkata, projek ECRL mencapai satu lagi pencapaian dengan penembusan Terowong Kuantan yang merupakan terowong terpanjang di antara 12 buah terowong yang berjaya ditembusi.

“Hasil dari komitmen dan kerjasama oleh 170 kakitangan ECRL di semua peringkat dalam melaksanakan kerja-kerja terowong membawa kepada penembusan Terowong Kuantan lebih awal dari jadual.

“Kami juga berbangga dengan usaha tenaga kerja ECRL kerana berjaya melakukan kerja-kerja pengorekan tanah dan batuan sedalam 380,000 meter padu secara selamat dengan pergerakkan tanah yang minima,” katanya dalam kenyataan di sini. 

Darwis berkata, kejayaan penembusan 12 buah terowong sehingga hari ini membuktikan keupayaan pasukan projek dalam menangani cabaran-cabaran daripada segi kejuruteraan dan menerima pakai teknologi terowong yang canggih. 

Beliau turut berkongsi bahawa tambahan tiga buah terowong ECRL yang sedang menjalani kerja-kerja pengorekan dijangka siap ditembusi pada hujung tahun ini.

“Tahap kemajuan yang baik bagi kerja-kerja pengorekan terowong yang juga merupakan antara kerja paling mencabar bagi projek ECRL, akan memudahkan penyiapan infrastruktur rel dari Kota Bharu ke ITT Gombak ini menjelang Disember 2026,” tambahnya.

Sebagai rekod, terowong pertama projek ECRL yang berjaya ditembusi enam bulan lebih awal adalah Terowong Paka sepanjang 1.1 km di Terengganu pada bulan April 2021.

Selain itu, sembilan dari 12 buah terowong yang berjaya ditembusi adalah di negeri ini, dua di negeri Terengganu dan satu terletak di antara Pahang dan Terengganu. 

Sementara itu, Pengarah Urusan China Communications Construction (ECRL) Sdn. Bhd. (CCCECRL), Kong Qi menyatakan penghargaan terhadap tahap kemajuan kerja yang cemerlang oleh kakitangan CCCECRL dan kontraktor tempatan dalam melaksanakan kerja-kerja terowong yang telah membawa kepada penembusan pada hari ini.

“Ini merupakan satu lagi kejayaan yang membanggakan,” pujinya.

Beliau juga berterima kasih kepada pasukan projek ECRL dari kedua-dua pihak ekoran usaha yang baik dalam mencapai hasil kemajuan untuk pelbagai bentuk kerja pembinaan. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya