Tangki septik di Pulau Perhentian dikosongkan elak air tercemar - Utusan Malaysia

Tangki septik di Pulau Perhentian dikosongkan elak air tercemar

MASALAH pencemaran di Pulau Perhentian, Besut akan dapat diselesaikan apabila tangki septik di pulau itu akan dikosongkan tidak lama lagi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Masalah pencemaran di Pulau Perhentian, Besut dekat sini yang berpunca daripada sisa kumbahan  akan selesai apabila tangki septik di pulau tersebut  dikosongkan tidak lama lagi.

Pengarah Kanan Bahagian Operasi Wilayah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Ir. Mohd Jalaludin Sulaiman berkata, kerja-kerja mengosongkan  tangki septik akan dijalankan oleh syarikat perkhidmatan pembetungan nasional, Indah Water Konsortium Sdn. Bhd (IWK) membabitkan kos RM3 juta.

Menurut beliau,  kerja-kerja nyahenap cemar tersebut melibatkan kira-kira 500 premis membabitkan  pejabat agensi kerajaan, resort, chalet, kafeteria dan inap desa serta rumah-rumah kampung di pulau itu. 

“Tinjauan yang dijalankan SPAN dan IWK mendapati beberapa lokasi di Pulau Perhentian telah dikategorikan sebagai risiko besar dengan pencemaran tertumpu di Long Beach. 

“Persampelan telah dibuat ke atas sumber bekalan air yang daripada operator bekalan air serta air telaga. 

“Hasil persampelan mendapati terdapat bakteria Escherichia Coli atau lebih dikenali dengan E-Coli yang dikesan daripada sampel air telaga yang digunakan oleh peniaga-peniaga makanan di sepanjang pantai itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada September lepas, sekumpulan 40 pelancong mendakwa mereka sakit perut selepas pulang bercuti dari Pulau Perhentian. Malah sebelum beberapa insiden sama turut tular di media sosial. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya