Tak sangka terpilih sebagai penerima Bantuan Raja Sehari

Tak sangka terpilih sebagai penerima Bantuan Raja Sehari

LING TIAN SOON menyampaikan Bantuan Raja Sehari sempena Program Kembara Keluarga Sejahtera Negeri Johor anjuran Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim (YPKDT) di Batu Pahat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Empat pasangan pengantin tidak menyangka perkahwinan mereka baru-baru ini mendapat perhatian kerajaan negeri apabila terpilih menerima Inisiatif Bantuan Raja Sehari. 

Teng Howe Cheng, 31, dan isterinya, Ong Kai Ching, 31, yang melangsungkan perkahwinan mereka pada Mei lalu menganggap bantuan itu bagaikan satu tuah yang datang bergolek apabila terpilih sebagai penerima menerusi program Bantuan Kasih Bangsa Johor (BKBJ) ini. 

Wang bantuan itu akan digunakan sebaiknya untuk mereka memulakan hidup sebagai sebuah keluarga. 

“Pada awalnya kami tidak mengetahui tentang inisiatif ini, namun selepas maklumat daripada kawan-kawan di Johor Bahru baru membuat permohonan dan tidak disangka diterima. 

“Kami amat berterima kasih kepada kerajaan negeri atas inisiatif seperti ini sangat besar ertinya apatah lagi dengan cabaran hidup baru bermula sebagai pasangan suami isteri,” kata Howe Cheng.

Pasangan tersebut ditemui pada program Kembara Keluarga Sejahtera Negeri Johor anjuran Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim (YPKDT), di sini hari ini.

Turut menerima bantuan itu ialah  Chua Jing Xuan, 25, dan isterinya, Tay Keng Yong, 30,  Tee Kai Siang (30) dan pasangannya, Tee Yin Hua (31) dan Lau Xin Ying, 29, serta isterinya, Goh Wei Feng, 29.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri, Ling Tian Soon berkata, sejumlah RM10 juta diperuntukkan untuk Inisiatif Bantuan Raja Sehari itu, namun masih kurang mendapat sambutan. 

Katanya, inisiatif itu terbuka kepada semua kaum yang bermastautin di Johor lebih tiga tahun dan berusia 40 tahun ke bawah. 

“Pemohon adalah mereka yang mendirikan perkahwinan kali pertama selain dilangsungkan bermula 14 April hingga  31 Disember tahun ini. 

” Untuk pasangan beragama Islam, mereka hendaklah mendaftarkan permohonan di pejabat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), manakala pasangan bukan Islam di pejabat perpaduan daerah masing-masing, ” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN