Pertumbuhan Malaysia terus stabil

Pertumbuhan Malaysia terus stabil walau perdagangan global berubah

ADNAN Zaylani Mohamad Zahid (dua dari kiri)di Forum Panel Sesi 2A: Pemacu Ringgit di Sasana Kijang, semalam.-UTUSAN/M. FIRDAUS M. JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia dijangka mengekalkan momentum pertumbuhan yang stabil meskipun berlaku perubahan dalam dinamik perdagangan global, kata Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Adnan Zaylani Mohamad Zahid

Beliau berkata, negara memantau secara berhati-hati perkembangan landskap perdagangan dunia dan kesannya terhadap pertumbuhan ekonomi Malaysia.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan pagi tadi bahawa Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz kini berada di Washington minggu ini bagi mengadakan rundingan dengan Amerika Syarikat (AS).  

“Jadi kita akan melihat bagaimana hasil rundingan ini.

“Bagaimanapun, saya berpendapat, masih ada sebab untuk tidak terlalu pesimis terhadap perubahan dinamik perdagangan, khususnya membabitkan rundingan perdagangan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sesi panel The Drivers of The Ringgit sempena Sasana Simposium 2025 anjuran BNM di sini, semalam.

Mengulas lanjut, komuniti perniagaan di negara ini kekal positif terhadap perubahan landskap perdagangan dan yakin peluang baharu akan terus wujud hasil perkembangan semasa.

“Kita sentiasa berinteraksi dengan pelbagai perniagaan di seluruh negara, termasuk pejabat serantau di Pantai Timur, negeri-negeri Utara, Selatan serta Sabah dan Sarawak.

“Kebanyakan perniagaan di Malaysia tidak melihat perang perdagangan memberi kesan besar kepada mereka, malah ada yang melihat peluang baharu yang muncul hasil perubahan dinamik perdagangan global,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN