SPR kurang promosi, risiko peratusan pengundi muda menurun?

SPR kurang promosi, risiko peratusan pengundi muda menurun?

DR. NURUL ASYIKIN MABAHWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) didakwa kurang melakukan promosi untuk pengundi muda terutamanya mereka yang berusia 18 hingga 20 tahun menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ketua Pejuanita Muda, Dr Nurul Ashikin Mabahwi berkata, ini kerana promosi untuk menggalakkan mereka keluar mengundi ketika ini hanya dilakukan parti politik.

“Apabila kami turun jumpa dengan anak muda kebanyakan anak muda tak tahu mereka boleh mengundi dan apabila pilihan raya sudah dekat, jadi saya risau peratusan keluar undi itu tidak tinggi terutamanya anak muda.

“Kita ada kerisauan itu, tetapi dalam masa yang sama saya harap anak-anak muda semua mula sedar yang mereka boleh undi dan pastikan waktu pilihan raya nanti mereka keluar mengundi dan pastikan kali ini kita pilih pemimpin yang bertanggungjawab,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Mengulas lanjut, Nurul Ashikin berkata, SPR sepatutnya sudah mula turun ke lapangan berbanding mengharap kepada parti-parti politik semata-mata.

“SPR ada data, jadi sepatutnya boleh hantarlah surat ke rumah mereka dan maklumkan yang mereka boleh mengundi. Kita manfaatkan daftar pilihan raya semua orang, jadi sepatutnya sudah boleh hantar dah maklumat.

“Dulu waktu zaman Covid-19, hari-hari hantar khidmat pesanan ringkas (SMS) berjaga-jaga, jadi kenapa tak hantar juga kepada budak-budak umur 18 sehingga 21 tahun ini, jadi ada banyak cara boleh war-warkan,” katanya.

Untuk rekod, kerajaan sebelum ini meminda Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan had umur mengundi diturunkan daripada 21 tahun ke 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik dilakukan.

Ia bakal meningkatkan bilangan pengundi muda yang berumur 30 tahun ke bawah iaitu dengan anggaran seramai 3.9 juta orang sehingga 31 Disember 2021. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN