SK Proton City johan Bahas Kebangsaan 2022

SK Proton City johan Bahas Kebangsaan 2022

PEMBAHAS SK Proton City bersama guru pembimbing selepas dinobatkan sebagai johan bagi peringkat kebangsaan di Bayou Lagoon Park Resort, Melaka, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sekolah Kebangsaan Proton City dari Perak berjaya mempertahankan kejuaraan dalam pertandingan Bahas Bahasa Melayu peringkat kebangsaan selepas menewaskan Sekolah Kebangsaan Sentul 1, mewakili Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pertandingan yang diadakan di Bayou Lagoon Park Resort Melaka, baru-baru ini membariskan tiga pembahas utama iaitu Wan Ijlah Auji bersama Nur Hawa Batrisyia Mohd Nizam, 12, serta Nur Ahlam Yamna Yuzaidi, 12, serta pembahas simpanan Nursyifaa Amani binti Mohd. Anuar,12, dan Nur Lidya Altaf binti Yuzaidi, 10.

Pusingan akhir yang menyaksikan pasukan dari Perak bertindak selaku pencadang membahaskan usul ‘Kelestarian Alam Sekitar Membantu Kelangsungan Negara’ dengan pasukan dari Kuala Lumpur bertindak selaku pembangkang.

Lima murid berkenaan dibimbing oleh barisan guru, Ahmad Mustakim Supian, Muhammad Aminul Khalil Zaini, Siti Anurizah Abd Rais, Sharifah Noor Adni Syed Ibrahim dan Norhanini Nordin.

Ahmad Mustakim berkata, dia bersyukur kerana mempunyai murid-murid yang berminat untuk memasuki pertandingan bahas kerana bahas menguji keupayaan mereka berfikir secara kritis.

“Latihan bermula sejak bulan tiga lalu dan saya dan guru-guru lain berusaha mencari murid yang berminat untuk menceburi seni orator.

“Latihan berbahas secara spontan saya akan menyuruh murid mencari isi-isi hujah berkaitan tajuk bahas dan sesi soal jawab diadakan bagi menilai kefahaman mereka berkenaan isu tertentu.

“Bahas merupakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang membolehkan murid menilai hujah pihak lawan untuk membuat bidasan serta murid membina idea spontan dalam bidasan,” katanya.

Difahamkan, pertandingan bahas sekolah rendah diadakan sejak 2018 bagi. Pasukan Sekolah Kebangsaan Seksyen 6, Kota Damansara yang mewakili Selangor berjaya mengungguli tempat ketiga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.