PETALING JAYA: Tarikh paling ideal untuk mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) adalah sebelum 15 November sebelum negara memasuki Monsun Timur Laut, selain selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong. Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Dr. Jeniri Amir berkata, faktor paling utama dalam menentukan tarikh pilihan raya kali ini adalah mengelak daripada banjir sama ada banjir kilat mahupun banjir besar. Katanya, ini kerana musim hujan dan banjir boleh memberi kesan besar…