Remaja lelaki maut tersepit bawah lori - Utusan Malaysia

Remaja lelaki maut tersepit bawah lori

KEADAAN motosikal mangsa yang maut akibat tersepit di bawah lori di Jalan Sultan Dr. Nazrin Shah, Ipoh hari ini. - UTUSAN/JBPM PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seorang penunggang motosikal maut akibat kecederaan parah selepas tersepit di bawah lori di Jalan Sultan Dr. Nazrin Shah menghala ke Kampar di sini pagi tadi.

Mangsa, Ferry Firman Shah Abdullah, 19, disahkan maut di lokasi kejadian. 

Difahamkan, nahas berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 cuba memotong lori dipandu lelaki berusia 58 tahun yang sedang membelok ke kiri jalan.

Tindakan mangsa menyebabkn kedua-dua kenderaan bergesel dan dia jatuh di atas jalan. Mangsa yang parah maut di tempat kejadian.

Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat.

Sementara itu, Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng digerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat pada pukul 8 pagi.

“Kerja-kerja menyelamat dijalankan menggunakan peralatan ‘air lifting bag’ bagi tujuan mengangkat tayar lori untuk memudahkan mangsa dikeluarkan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dan mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi tamat pada pukul 9.50 pagi,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN