PRU15: Pas Kelantan kemuka 30 peratus muka baharu -

PRU15: Pas Kelantan kemuka 30 peratus muka baharu

MOHD. AMAR NIK ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pas Kelantan akan mengemukakan 30 peratus muka baharu untuk disenaraikan sebagai calon Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Timbalan Persuruhjaya Pas 1 negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, sebanyak tiga nama diberikan untuk setiap kawasan Parlimen dan DUN untuk diangkat sebagai calon.

Menurutnya, senarai itu sudah diserahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk membuat keputusan berkait dengan perkara tersebut.

“Kita serahkan kepada pucuk pimpinan untuk memilih siapa calon terbaik untuk PRU15.

“Calon baharu itu bukan bermaksud orang muda atau muslimat tetapi yang ada potensi untuk menang,” katanya semasa ditemui pemberita di pejabatnya di Kota Darulnaim di sini hari ini.

Timbalan Menteri Besar Kelantan itu memberitahu, pihaknya sentiasa bersiap sedia menghadapi pilihan raya dan berada pada tahap tertinggi walaupun belum mencapai 100 peratus.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa hari ini selepas diperkenan Yang di-Pertuan Agong untuk memberi laluan kepada PRU15.

Ahli Parlimen Bera itu membuat pengumuman khas itu yang disiarkan secara langsung ke seluruh negara pada pukul 3 petang ini menerusi saluran televisyen dan medial sosial. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya