PRU15: Noh enggan dahului takdir, serah pucuk pimpinan -

PRU15: Noh enggan dahului takdir, serah pucuk pimpinan

NOH Omar (tengah) bersama peserta seminar itu di Institut Pengurusan Peladang (IPP) Sungai Kajang, Tanjong Karang, petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: “Saya tidak boleh mendahului takdir dan menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk memutuskannya,”.

Demikian kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Tan Sri Noh Omar mengenai sama ada masih kekal mempertahankan kerusi Parlimen Tanjong Karang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau berkata, dirinya sebelum ini juga tidak pernah bermimpi untuk mula menjadi calon sejak 1995.

“Namun, saya berserah kepada takdir Allah kerana akhirnya hanya satu nama sahaja akan menjadi calon.

“Jika saya jadi calon, jadi calon lah. Apapun kita tunggu lah nama yang akan diumumkan nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Seminar Pembangunan Kapasiti Kontraktor (SPKK) di Institut Pengurusan Peladang (IPP) Sungai Kajang, Tanjong Karang di sini, petang semalam.

Jelas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor itu, beliau sendiri tidak mengetahui sama ada menjadi calon atau sebaliknya.

“Insya Allah. Lagipun di Selangor ini hanya saya Ahli Parlimen (BN).

“Segalanya terpulang kepada pucuk pimpinan parti,” ujarnya.

Tambah Noh, beliau juga sudah memberikan khidmat terbaik kepada rakyat sepanjang enam penggal menjadi Ahli Parlimen Tanjong Karang.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berjaya mempertahankan kemenangan kerusi P095 sejak 1995 melalui PRU9, PRU10, PRU11, PRU12, PRU13 dan PRU14.

Pada PRU14, Noh yang juga calon BN-UMNO memperoleh majoriti 1,970 undi selepas menewaskan Zulkafperi Hanapi daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan calon Pas iaitu Nor Az Azlan Ahmad. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya