PRU15: BN Selangor tidak gentar hadapi calon profil tinggi PH -

PRU15: BN Selangor tidak gentar hadapi calon profil tinggi PH

NOH Omar beramah mesra dengan pesakit ketika melawat Hospital Tanjong Karang, Tanjong Karang, Selangor, hari ini. -UTUSAN/ ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Barisan Nasional (BN) Selangor tidak gentar atau tergugat menghadapi calon berprofil tinggi Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Pengerusinya, Tan Sri Noh Omar berkata, soal calon dipertaruhkan parti lawan terpulang kepada strategi masing-masing.

Kata Pengerusi Perhubungan UMNO negeri itu, BN tidak pernah ketandusan strategi, malah, akan mempertaruhkan calon boleh menang di 22 kerusi Parlimen.

“Kita antaranya bakal menampilkan calon muda dengan ciri ‘wali’ iaitu memenangi, diterima dan disukai.

“Jika profesional, namun, tidak memahami masalah rakyat, bagaimana hendak berkhidmat? Bagi saya, wakil rakyat terutama calon luar kena tahu kawasan bakal ditandingi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan lawatan ke Hospital Tanjong Karang di sini, hari ini.

Semalam, Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan tujuh calon baharu daripada pelbagai bidang disiplin dan pengalaman untuk bertanding dalam PRU-15.

Calon itu antaranya ilmuwan agama, Nik Omar Nik Abdul Aziz; Bekas Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Jufitri Joha dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor (LZS), Saipolyazan Yusop.

Selain itu, DAP mempertaruhkan Gobind Singh Deo bagi kerusi Parlimen Damansara, Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusatnya, Syahredzan Johan di Bangi dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Kemuning, V. Ganabatirau di Klang.

Dalam pada itu, kata Noh yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, majoriti calon UMNO terdiri dalam kalangan anak tempatan.

“Pada pilihan raya sebelum ini, parti lawan meletakkan pensyarah bertanding di Sabak Bernam, namun, tewas juga dengan calon BN.

“Justeru, kita perlu mengetengahkan calon yang boleh memberi khidmat terbaik kepada rakyat,” ujarnya.

Mengulas mengenai tarikh pengumuman calon BN, jelas beliau, senarai itu bakal dimuktamadkan minggu ini.

“Saya ramal dalam minggu depan kerana biasanya tiga atau empat hari sebelum penamaan calon.

“Sebelum pemberian watikah calon, pucuk pimpinan mengambil sedikit masa untuk menilai sama ada calon itu mempunyai kes polis atau kebankrapan,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya