Polis siasat peniaga ‘bundle’ didakwa ditipu  - Utusan Malaysia

Polis siasat peniaga ‘bundle’ didakwa ditipu 

TANGKAP layar menunjukkan sekumpulan peniaga pakaian terpakai dikatakan mengamuk selepas mendakwa ditipu pihak pengurusan dalam acara jualan ‘bundle’ di Seri Kembangan, Serdang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis mengesahkan menerima laporan polis berkaitan video tular berkaitan peniaga mengamuk didakwa ditipu sehingga kerugian RM36,000.

Dalam video berdurasi satu minit 12 saat itu menunjukkan sekumpulan peniaga barang terpakai terpaksa menanggung kerugian tapak perniagaan mereka yang diarahkan tutup kerana tidak mendapat kelulusan daripada penguat kuasa.

Kejadian itu difahamkan berlaku di pusat beli-belah di Seri Kembangan di sini. 

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A. A Anbalagan berkata,  laporan polis dibuat oleh seorang wanita iaitu pengurus acara pakaian terpakai itu berkaitan dengan isu penyewa tidak berpuas hati dengan pengadu.

“Penyewa-penyewa itu dikatakan tidak berpuas hati dengan penganjur dan memintanya mengembalikan duit sewa. 

“Video viral tersebut disahkan berlaku di kawasan Serdang dan pengadu iaitu pengurus acara telah membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Tambahnya, siasatan dijalankan dan kedua pihak dipanggil selain pihak penyewa turut membuat laporan polis. 

“Penganjur acara juga membuat laporan bertujuan rujukan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan pihak penyewa juga telah mengesahkan akan memulangkan kembali barang yang diambil untuk tujuan cagaran. 

“Kes masih dalam siasatan polis,” ujarnya.

Sabtu lalu, tular video menunjukkan sekumpulan peniaga tidak berpuas hati dengan acara jualan pakaian terpakai di Seri Kembangan dekat sini.

Difahamkan, kejadian itu berlaku apabila kegagalan pihak pengurusan mendapatkan lesen permit didakwa sebagai satu penipuan apabila duit pendaftaran peniaga telah dikutip seminggu lebih awal.

Terkesan dengan situasi itu, salah seorang peniaga dilihat mula hilang sabar apabila bertindak menengking dan mencerca wakil wanita daripada pengurusan terbabit.

Kejadian itu dikongsikan di laman TikTok dan mengundang kecaman ramai.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya