Pekerja bank rugi RM80,000 barang berharga dan wang tunai

Pekerja bank rugi RM80,000 barang berharga dan wang tunai dilarikan penyamun

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seorang pekerja bank kerugian RM80,000 selepas disamun tiga lelaki di rumahnya di Taman Patani Jaya, di sini kira-kira pukul 3 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, kejadian berlaku ketika mangsa sedang tidur berseorangan di tingkat atas rumahnya manakala anak lelaki ketiganya tidur di tingkat bawah.

“Mangsa berusia 55 tahun dikejutkan seorang lelaki tidak dikenali sebelum tangannya diikat menggunakan kain dan diarah memberitahu tempat simpanan barang berharga.

“Takut anaknya diugut untuk dicederakan, mangsa memaklumkan semua barangan berharga miliknya yang diletakkan di dalam sebuah peti sebelum dua lagi suspek mula menggeledah,” katanya di sini, hari ini.

Menurut Zaidy, penyamun berkenaan menemukan sejumlah wang tunai, beberapa utas rantai leher emas dan gelang tangan, beberapa bentuk cincin emas, beberapa pasang subang dan loket emas serta sejumlah jam tangan berjenama. 

Katanya, turut dilarikan adalah wang tunai berjumlah RM5,000 yang disimpan di dalam dompetnya.

“Ikatan tangan mangsa kemudiannya dibuka oleh penyamun terbabit sebelum mereka melarikan diri. Bagaimanapun, mangsa terkejut apabila mendapati anak lelakinya masih tidur dan tidak sedar apa yang berlaku,” katanya.

Tambah beliau, hasil siasatan mendapati tiga suspek terbabit yang dipercayai penduduk tempatan masuk ke rumah mangsa melalui pintu gelongsor yang diumpil.

“Mangsa membuat laporan polis sejurus kejadian dan temu bual dengan mangsa mendapati dia tidak melihat senjata yang digunakan dalam kejadian itu,” katanya yang memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya