Peja tidak lari, Anwar juga manusia biasa

Peja tidak lari, Anwar juga manusia biasa

AHMADFaizal Azumu yakin pengundi di Parlimen Tambun termasuk kaum Orang Asli akan mengundi beliau dalam PRU15.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Timbalan Presi­den Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu tidak akan lari dan akan mempertahankan Parlimen Tambun walaupun akan dicabar Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, beliau berkata, memang Anwar adalah satu nama besar dalam kancah politik negara namun, beliau juga adalah manusia biasa.

Sosok yang popular dengan panggilan Peja itu berkata, beliau akan kekal fokus kepada politik khidmat dan politik kasih sayang di Parlimen Tambun sebagaimana yang telah diterap­kan sejak memenangi kerusi berkenaan pada 2018.

Kelmarin, Anwar mengumumkan akan bertanding di Parlimen Tambun pada PRU15 pada 19 November sejajar de­ngan keazaman PH untuk menawan kembali negeri Perak.

pru15
ANWAR IBRAHIM

YAKIN

Malah, beliau yakin mampu mengalahkan bekas Ahli Parlimen Tambun itu.

“Saya mahukan Perak, maka saya akan terjun bersama-sama politik negeri ini, saya tak memilih untuk bertanding di kawasan mudah dan menang majoriti besar, saya ketua, jadi saya berani merempuh untuk menawan Parlimen Tambun,’’ kata Anwar semalam.

Diminta mengulas mengenai tindakan Anwar yang se­ring tidak kekal lama di satu-satu kerusi yang dimenanginya, Ahmad Faizal berkata, Anwar boleh berpindah-randah tetapi beliau tetap akan memberikan fokus di Parlimen Tambun.

Sementara itu, dalam satu klip video di laman Twitter, Ahmad Faizal mengalu-alukan kedatangan Anwar ke Tambun dan beliau juga sempat mengajar sebutan air dengan betul mengikut dialek Perak.

“Bagi mereka yang berhijrah ke satu tempat ke satu tempat lain dan nak datang ke Tambun, saya nak bagi tahu sedikit. Di Tambun kita sebut ayor, bukan ayaq. Terima kasih, selamat datang,” katanya.

Video berkenaan dipercayai ditujukan kepada Anwar yang berasal dari Pulau Pinang dan akan ‘berhijrah’ ke Parlimen Tambun pada PRU15, mening­galkan Parlimen Port Dickson yang dimenangi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 2018.

Pada PRU14, Ahmad Faizal yang juga Menteri Belia dan Sukan menang dengan majoriti 5,320 undi.

Beliau memperoleh 38,661 undi, menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (33, 341) dan calon Pas, Ibrahim Zakaria (14,948). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×