Mohd. Fadli belum dijatuhi hukuman, Lembaga Tatatertib bersidang

Mohd. Fadli belum dijatuhi hukuman, Lembaga Tatatertib bersidang esok -KPM

SURAT yang didakwa diterima Cikgu Fadli daripada Kementerian Pendidikan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) menyangkal dakwaan bahawa cikgu Mohd. Fadli Mohamed Salleh sudah dijatuhi hukuman oleh Lembaga Tatatertib.

Ketua Pengarahnya, Datuk Pkharuddin Ghazali berkata, KPM mengambil maklum perkara yang dibangkitkan dalam media sosial berkaitan cikgu berkenaan, namun, menjelaskan surat yang dihantar itu bukanlah surat yang membawa maksud bahawa hukuman  dijatuhkan Lembaga Tatatertib.

“Sebaliknya surat tersebut bertujuan memaklumkan cikgu berkenaan mengenai dakwaan yang diterima oleh Pihak Berkuasa Tatatertib serta keperluan untuk beliau mengemukakan representasi (penjelasan) bertulis,” katanya menerusi hantaran di Facebook KPM hari ini.

Katanya, pihak Lembaga Tatatertib dijadualkan bersidang esok bagi mendengar penjelasan berhubung aduan yang diterima terhadap cikgu tersebut.

Pkharuddin berkata, pihak Lembaga Tatatertib menerima surat representasi daripada Cikgu Mohd Fadli Mohamed Salleh pada 14 Oktober lalu.

Menurutnya, berhubung prosiding yang dikenakan terhadap Fadli, KPM menjelaskan semua pegawai awam yang berkhidmat dalam kerajaan tertakluk di bawah peraturan yang sudah ditetapkan.

“Prosiding tatatertib ini dibuat di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) 1993 yang diguna pakai untuk semua penjawat awam yang sedang berkhidmat termasuk saya sendiri.

“Saya berharap penjelasan ini dapat memberi kefahaman kepada semua pihak,” katanya. 

KPM hari ini tampil memberi penjelasan berhubung penularan surat dibuat Mohd. Fadli yang disalah tafsir kononnya sudah dijatuhi hukuman, sebaliknya ia adalah arahan untuk mengemukakan representasi berhubung aduan yang diterima terhadapnya.

Sebelum ini, Mohd Fadli mendakwa akan dikenakan tindakan buang kerja atau diturunkan pangkat kerana alasan menyuarakan isu kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) membabitkan sistem pendidikan, beg sekolah, silibus subjek, masa belajar dan bilangan murid di dalam kelas.

Susulan itu, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Mohd Radzi Jidin menerusi hantaran di Facebook malam tadi menyatakan hasrat untuk bertemu dengan Mohd Fadli bagi mengetahui lebih lanjut perkara dibangkitkan guru berkenaan. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.