Mesin penapis air di Rumah Bonda berfungsi baik - Saksi - Utusan Malaysia

Mesin penapis air di Rumah Bonda berfungsi baik – Saksi

Bicara kes dera Bella, saksi memaklumkan mesin penapis air di Rumah Bonda berfungsi dengan baik.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Juruteknik Cuckoo memberitahu Mahkamah Sesyen di sini semalam, walaupun terdapat kebocoran pada kepala paip yang bersambung dengan mesin penapis air di kediaman pengasas Rumah Bonda itu, perkara tersebut tidak menjejaskan suhu air mesin tersebut.

Mohamed Rezuan Satori, 25, saksipendakwaan ke-21 itu berkata, suhu air panas daripada mesin penapis itu sekitar 85 Celcius bagi manakala suhu air sejuk sekitar 5 hingga 6 Celcius.

“Saya menghubungi Siti Bainun pada 23 Mei 2021 berhubung laporan kerosakan mesin Cuckoo di rumahnya tetapi pada mulanya panggilan saya tidak dijawab jadi saya telah menghantar pesanan ringkas kepadanya.

“Siti Bainun kemudian menghubungi saya semula. Pemeriksaan ditunda kepada keesokan harinya iaitu pada 24 Mei 2021.

“Apabila sampai di rumah Siti Bainun saya nampak ramai kanak-kanak lebih lima orang. Pada mulanya saya memeriksa tiub air yang menyalurkan air ke mesin penapis, kemudian saya memeriksa suhu air,” katanya  saksi itu.

Katanya, mesin penapis air di rumah Siti Bainun itu berfungsi seperti biasa dengan mengeluarkan air panas dan air sejuk.

Saksi itu berkata demikian pada perbicaraan kes Siti Bainun Ahd Razali,  30, yang mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Pengasas Rumah Bonda itu didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju, antara Februari dan Jun 2021.

Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

TIADA REKOD

Sementara itu, pada prosiding pagi, bekas juruteknik penyelenggara Cuckoo, Azrin Aisyah Mohd. Razi, 32, ketika disoal semula oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad pula memberitahu, tiada  rekod aduan mengenai kerosakan mesin itu pada Mei 2021.

Nor Azizah: Ketika disoal peguam mengenai aduan kerosakan yang berlaku sejak Mac 2021, awak menjawab tidak bersetuju, boleh jelaskan.

Azrin Aisyah: Ini kerana tiada  rekod dalam sistem. Jika ada kerosakan, pelanggan akan membuat laporan kepada mana-mana ejen atau menelefon `hotline’ sebelum aduan dimasukkan dalam sistem. Tetapi dalam sistem tiada aduan atau rekod aduan.

Nor Azizah: Tadi peguam mencadangkan bahawa bukan Siti Bainun yang menandatangani borang pemeriksaan dan penyelenggaraan bertarikh 19 Mei 2021 sebab masa itu hari raya dan Siti Bainun tiada di rumah tetapi awak tak setuju. Jelaskan.

Azrin Aisyah: Kerana memang saya jumpa Siti Bainun dan selepas saya buat `servis’, Siti Bainun guna pen saya untuk turunkan tandatangan dalam borang.

Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi bersambung esok.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.