Melly Goeslaw puji Jika versi Arab Nuha, Naufal

Melly Goeslaw puji Jika versi Arab Nuha, Naufal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas mencetuskan fenomena menerusi lagu Casablanca, penyanyi Nuha Bahrin dan Naufal Azrin kini tampil mempertaruhkan single Jika yang diberi nafas baharu.

Single yang turut diselitkan lirik dalam bahasa Arab itu dimuat naik di laman YouTube Alfarecords menduduki tangga selesa pada kedudukan ke-28 dalam carta muzik platform tersebut.

Jika merupakan nyanyian asal penyanyi Indonesia, Ari Lasso dan Melly Goeslaw sejak 1999, yang menceritakan tentang pasangan yang memutuskan untuk berpisah pada usia muda.

Menerusi lagu itu, penyesalan dirasakan oleh pasangan tersebut, malah berharap untuk kembali menjalin hubungan dan bertemu.

Melly menerusi satu hantaran di Instagram menzahirkan ucapan penghargaan terhadap usaha Nuha dan Naufal yang menyampaikan versi baharu lagu tersebut.

Dia juga berharap versi itu akan mencipta rekod dalam sejarah industri muzik.

“Masya-Allah, walaupun sudah 23 tahun usia lagu Jika, ia sudah diberikan nafas baharu oleh penyanyi Malaysia Nuha Bahrin dan Naufal Azrin.

“Indah sekali. Terima kasih buat semua peminat dan pengkarya di Malaysia yang mengagumi lagu-laguku. Ini membuatkanku tidak sabar untuk beraksi di Malaysia kelak, Insya-Allah,” tulisnya.

Baru dua hari diperkenalkan, lagu tersebut berjaya mencuri tumpuan pelbagai golongan masyarakat, termasuk peminat India.

“Walaupun saya orang India, saya merupakan peminat lagu Casablanca.

“Lagu ini sangat bagus dan saya pasti ramai yang akan menyukainya. Semoga mencapai kejayaan lebih besar pada masa akan datang.

“Peminat seperti saya akan sentiasa menyokong perjalanan seni anda,” tulis Dillasha Preeti dalam ruangan komen di YouTube.

Sebelum ini, Casablanca yang ditulis liriknya oleh Daqmie dan Abdulkarim Al Ali meraih 22 juta tontonan sejak diperkenalkan, empat bulan lalu.

Populariti lagu yang menggabungkan seni kata Arab dan Melayu tersebut melonjakkan karier pasangan duet itu sehingga menduduki carta teratas Spotify Viral 50 Global dan Spotify Viral 50 Indonesia yang jarang ditembusi artis baharu dari Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya