MB arahkan Festival Mingguan Muda-Mudi dihentikan -

MB arahkan Festival Mingguan Muda-Mudi dihentikan

TANGKAP layar video festival muda-mudi yang dianjurkan di Balai Nobat, Alor Setar, Kedah. baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kerajaan negeri membuat ketetapan untuk tidak lagi membenarkan penganjuran Festival Mingguan Muda-Mudi yang mencetuskan kelakuan di luar tata susila seperti yang terjadi baru-baru ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, kejadian muda-mudi terkinja-kinja tanpa arah gara-gara konsert hiburan di Balai Seni yang tular itu menjadi penanda aras kepada penganjuran sebarang aktiviti pada masa depan.

Menurutnya, sebarang aktiviti yang boleh merangsang pelanggaran norma masyarakat tempatan, tidak boleh diberikan sebarang ruang untuk ‘membiak’.

“Penganjuran acara yang menyihatkan tubuh badan seperti larian, berbasikal, pertandingan mencari harta karun, memancing dan lain-lain yang selari dengan undang-undang, garis program terbuka dan sesuai dengan tata susila masyarakat tempatan adalah digalakkan.

“Semua pegawai daerah yang mempengerusikan jawatan kuasa berkaitan pelesenan hiburan dimaklumkan mengenai hal ini dan arahan ini berkuat kuasa serta-merta,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sejak kelmarin, tular beberapa rakaman video persembahan kumpulan muzik di pentas yang disaksikan ratusan penonton terdiri daripada anak muda dengan pelbagai aksi di Balai Seni di sini.

Aksi menari terkinja-kinja pengunjung terutamanya anak muda yang hadir ke situ turut tular melalui beberapa video dalam media sosial sejak semalam.

Acara berkenaan mengundang rasa kurang senang dalam kalangan orang ramai memandangkan ia diadakan tidak jauh daripada Masjid Zahir di situ.

Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Zaid Ahmad ketika dihubungi Utusan Malaysia memaklumkan, pihaknya tidak pernah mengeluarkan lesen kepada penganjur festival berkenaan untuk mengadakan konsert di situ. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya