Malaysia perlu kerajaan stabil selepas PRU15 -Ku Li

Malaysia perlu kerajaan stabil selepas PRU15 -Ku Li

pru15
TENGKU Razaleigh Hamzah (tiga kiri) menyerahkan baju jersi kepada pasukan yang akan berentap dalam saingan Liga Ku Li di Padang Pusat Sivik di Gua Musang, Kelantan, semalam.UTUSAN/AIRMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Malaysia memerlukan sebuah kerajaan lebih kukuh dan stabil selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi menghadapi kemelesetan ekonomi serta menarik lebih ramai pelabur masuk ke negara ini.

Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, jika kerajaan stabil gagal dibentuk, negara akan berdepan kesukaran untuk menarik pelaburan sekali gus memberi kesan bukan sahaja kepada pertumbuhan ekonomi dan rakyat.

“Masalah yang kita khuatir sekarang ini ialah kenaikan harga barang-barang. Ini kerana daya pengeluaran kita sudah turun dan duit ringgit kita pun menjunam jatuh. 

“Kita tengok sekarang ini, nilai ringgit RM4.70 berbanding dengan satu dolar Amerika Syarikat (AS). Teruk bagi orang yang bukan berada dan tak bergaji tetap nak menyara keluarga dia. Perkara itu patut di titik beratkan oleh kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan baju  jersi kepada pasukan yang akan berentap dalam saingan Liga Ku Li di Padang Pusat Sivik di sini semalam.

Veteran UMNO itu memberitahu, Barisan Nasional (BN) boleh menang dan membentuk kerajaan yang stabil sekiranya membaiki imej parti itu.

Katanya, namun pada pandanganya setakat ini tidak ada parti yang  boleh menubuhkan sebuah kerajaan yang stabil.

“Saya rasa kalaulah UMNO itu betul-betul baiki imej dan kedudukannya mungkin dia boleh menang.

“Tetapi kalau tengok kepada keadaan sekarang, belum lagi ada tanda-tanda yang mengatakan kedudukan itu akan dibaiki,” ujarnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN