Lelaki samun kedai serbaneka diburu

Lelaki samun kedai serbaneka diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Seorang lelaki sedang diburu polis selepas disyaki terlibat dalam kes samun kedai serbaneka di Taman Semenyih Indah, Kajang dekat sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 7.20 malam, seorang wanita yang bekerja sebagai juruwang di premis tersebut telah didatangi suspek yang bersenjatakan parang.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, suspek memakai topi dan mengikat mukanya dengan sehelai kain kuning telah memaksa mangsa membuka kaunter dan menyerahkan wang tunai.

Suspek berang apabila mangsa berusia 21 tahun itu cuba menipu dengan memberi alasan tiada kunci kaunter.

“Suspek telah menengking mangsa serta memaksanya menyerahkan telefon bimbit, wanita itu kemudian melarikan diri ke dalam stor,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata beliau, pemeriksaan lanjut mendapati suspek hanya melarikan beberapa kotak rokok sahaja.

“Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 392 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini boleh menghubungi balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat kes Inspektor K Suresh di talian 017-4333795 bagi membantu siasatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya