Lelaki meninggal dunia selepas pengsan dalam hutan -

Lelaki meninggal dunia selepas pengsan dalam hutan

ANGGOTA bomba membantu seorang lelaki yang pengsan di dalam hutan di Kampung Charik, Miku, Rembau namun lelaki itu disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Rembau, petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Seorang lelaki yang dilaporkan pengsan di dalam hutan di Kampung Charik, Miku, di sini kemudian disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Rembau, petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Mohd Izwan Md Said berkata, pasukannya iaitu dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau segera ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.52 tengah hari dan tiba di lokasi pada pukul 1.30 petang.

Menurutnya, mangsa berusia 40 tahun bersama beberapa rakannya yang lain melakukan aktiviti merentas hutan ke jeram yang terletak di kawasan tersebut.

“Jarak lokasi tersebut adalah sejauh kira-kira empat kilometer dari jalan utama Kampung Batu- Miku-Inas. Sebaik tiba menggunakan kenderaan pacuan empat roda pasukan polis, mangsa yang pengsan sudah berada di atas tanah.

“Kami membantu mengeluarkan mangsa dan seterusnya mangsa dikejarkan ke Hospital Rembau. Bagaimanapun, mangsa disahkan sudah meninggal dunia,” katanya hari ini.

Menurutnya, kes berkenaan diserahkan kepada pihak polis bagi siasatan lanjut. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN