Kelantan tidak akan bubar DUN  - Utusan Malaysia

Kelantan tidak akan bubar DUN 

MOHD. Amar Nik Abdullah (kanan) menandatangani plak pada Majlis Perasmian Pusat Komuniti Tumpat Majlis Daerah Tumpat (MDT) di Jalan Hilir Pasar, Tumpat, Kelantan hari ini.-UTUSAN/ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Kerajaan Kelantan teguh dengan pendirian tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) walaupun Parlimen dibubarkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dalam masa terdekat.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Nik Amar Abdullah berkata, keputusan muktamad itu sudah dibuat sebelum ini termasuk dua lagi negeri iaitu Terengganu dan Kedah.

“Kita tetap tidak akan bubarkan kerana masih ada tempoh sehingga bulan Mei tahun depan. Oleh itu, pembubaran DUN akan dilakukan pada tahun depan. 

“Pertama, kita ada masa panjang lagi sehingga bulan lima tahun depan. Jadi, yang kedua, kalau bubar sekarang ni dia akan terlibat dengan musim banjir. Jadi, kita ni sebab pengalaman di Kelantan  sentiasa berhadapan dengan banjir,” kepada pemberita pada Majlis Perasmian Pusat Komuniti Tumpat Majlis Daerah Tumpat (MDT) di Jalan Hilir Pasar di sini hari ini.

Mohd. Amar menegaskan, sukar untuk semua pihak menghadapi PRU15 sekiranya ia dilaksanakan semasa musim tengkujuh atau banjir.

Katanya, Pas berpandangan kerajaan yang sedia ada hari ini perlu diberikan peluang untuk melakukan kerja-kerja pemulihan ekonomi.

Sebelum itu, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas membuat ketetapan tidak membubarkan DUN di tiga negeri yang ditadbir parti itu sekiranya Parlimen dibubarkan dalam tempoh terdekat.

Beliau memberitahu, ketetapan itu menyusul selepas negeri dikuasai Pakatan Harapan iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan yang membuat keputusan sama, semalam. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya