Kedah kekal tidak bubar DUN - Utusan Malaysia

Kedah kekal tidak bubar DUN

MUHAMMAD SANUSI MD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor memaklumkan, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah tidak akan dibubarkan dalam masa terdekat. 

Katanya, perkara itu telah diputuskan Pas sebelum ini dan sebarang perubahan juga hanya diputuskan parti. 

“Parti dah buat keputusan dan jika ada perubahan juga, parti yang akan putuskan,” katanya ringkas kepada Utusan Malaysia

Jumaat lalu Muhammad Sanusi telah membuat penegasan bahawa DUN Kedah tidak akan dibubarkan sebelum Mac 2023 meskipun Parlimen dibubarkan untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lebih awal. 

Menurutnya, perkara itu telah disembah maklum kepada Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah sewaktu menghadap secara dalam talian, Selasa lalu. 

Katanya, Tuanku telah bertitah bahawa perkara itu terletak di bawah kuasa Menteri Besar dengan baginda turut memulangkan kepada dirinya untuk membuat pertimbangan. 

Terdahulu ketika mengumumkan pembubaran Parlimen hari ini, Perdana Menteri mengesyorkan ketua-ketua kerajaan negeri kecuali Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor supaya mengambil tindakan sewajarnya bagi membubarkan DUN masing-masing. 

Tindakan itu bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan serentak bagi memastikan rakat tidak terbeban selain kelancaran proses demokrasi serta menjimatkan kos. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya