Kaki kiri legenda bola Kelantan dipotong - Utusan Malaysia

Kaki kiri legenda bola Kelantan dipotong

HASHIM MUSTAPA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kaki kiri legenda bola sepak Kelantan, Mohd. Hashim Mustapha, 57, terpaksa dipotong selepas salur darah tersumbat akibat jangkitan kuman yang dialami sejak Mac lalu.

Mohd. Nizab Ayub yang merupakan menantu kepada bekas penyerang prolifik Kelantan itu berkata, bapa mentuanya kini berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan kelmarin.

MOHD. Hashim Mustapa sebelum menjalani pembedahan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu, Kelantan.

“Alhamdulillah, papa kini berada dalam pemantauan doktor di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

“Saya berharap seluruh pemi­nat bola sepak Kelantan dan Malaysia mendoakan semoga bapa mentua kembali sihat se­perti sedia kala,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Terdahulu Utusan Malaysia 24 April lalu melaporkan, Mohd. Hashim menderita akibat jangkitan kuman di pergelangan kaki kanan selepas terjatuh da­ri motosikal yang ditungganginya Mac lalu.

Kejadian itu berlaku semasa Mohd. Hashim keluar untuk menjalankan tugas sebagai pe­ngendali Tok Janggut Warriors FC yang beraksi dalam Liga M3.

Ekoran itu, kaki kanannya kini bengkak secara mengejut menyebabkan dia tidak dapat memakai kasut seperti biasa.

Sepanjang bergelar pemain bola sepak, Mohd. Hashim pernah merangkul anugerah penja­ring terbanyak Liga Perdana 1993 dan 1994.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.