HUSM latih Orang Asli jadi 'duta' kesihatan dan keselamatan -

HUSM latih Orang Asli jadi ‘duta’ kesihatan dan keselamatan

DR. Nik Hisamuddin Nik Ab. Rahman (tengah) menyampaikan sijil kepada peserta Orang Asli sambil diperhatikan Ketua Pengarah Projek Pusat Kesejahteraan USM - Pos Balar, Gua Musang, Profesor Madya Dr. Shaik Farid Abdul Wahab (kanan) di HUSM, Kubang Kerian, Kelantan hari ini.-UTUSAN/ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian melatih seramai 10 individu dalam kalangan Orang Asli di Pos Balar, Gua Musang untuk menjadi ‘duta’ kesihatan dan keselamatan.

Pengarahnya, Profesor Datuk Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab. Rahman berkata, bagi melancarkan tugas, kumpulan ini diberikan latihan bagi memastikan mereka dapat berkongsi segala ilmu yang dipelajari kepada penduduk setempat.

Menurutnya, kumpulan ini akan memberi tunjuk ajar kepada penduduk jika mereka berdepan kecemasan termasuklah mengalami kecederaan atau sebagainya.

“Kita sudah memberi pendedahan sebaik mungkin kepada mereka dan berharap ilmu yang diberikan itu akan memberi manfaat yang sewajarnya kepada masyarakat Orang Asli nanti,” katanya dalam sidang akhbar pada Perasmian Penutupan Program Khidmat Masyarakat Bersama Orang Asli Pos Balar di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital USM Kubang Kerian, di sini hari ini.

Dr. Nik Hisamuddin memberitahu, pada masa sama, pihaknya akan memantau dan sentiasa berhubung dengan kumpulan berkenaan bagi memastikan tahap kemahiran mereka dapat dipertingkatkan.

Katanya, kesemua mereka yang terlibat ini adalah penduduk tetap dan tidak berpindah bagi memastikan mereka dapat memberikan bantuan jika berlaku kecemasan.

“Pada masa sama program itu juga akan diperluaskan ke pos penempatan Orang Asli yang lain di negeri ini pada masa akan datang,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Dr. Nik Hisamuddin berkata, salah satu penyakit kanser yang dikesan dalam kalangan Orang Asli ialah kanser kulit, namun, tiada data terperinci diperoleh.

Katanya, antara faktor kanser kulit kemungkinan mereka terdedah dengan cahaya matahari. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya