Helikopter terhempas dalam perjalanan dari Gua Musang ke Ulu

Helikopter terhempas dalam perjalanan dari Gua Musang ke Ulu Kinta

MANGSA helikopter terhempas (tengah) dibawa keluar dari lokasi nahas oleh anggota pasukan penyelamat di Brinchang, Cameron Highlands hari ini. - UTUSAN/SAYED HESHAM IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CAMERON HIGHLANDS: Helikopter jenis Airbus AS 355 F2 yang terhempas di kawasan sempadan Perak-Pahang dekat sini petang tadi dalam perjalanan dari Kampung Gawin, Gua Musang ke Pangkalan Pasukan Doktor Udara (PDU) di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, kesemua mangsa terbabit dalam perjalanan pulang setelah menjalankan tugas perkhidmatan perubatan masyarakat di kampung berkenaan.

Katanya, mangsa terdiri daripada lima pegawai perubatan di Pejabat Kesihatan Daerah Kinta dan seorang juruterbang.

“Maklumat kejadian diterima pada pukul 1.20 petang oleh Menara Kawalan Trafik Udara Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Ipoh yang memaklumkan sebuah helikopter terhempas di kawasan sempadan negeri Perak dan Pahang berhampiran Cameron Highlands.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) diketuai pihak polis diaktifkan dengan dibantu pasukan bomba Perak dan Pahang,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Menurut beliau, bangkai pesawat dan kesemua mangsa ditemukan di koordinat 4° 29′ 56.8″N 101°22’21.0″E berhampiran sempadan dua negeri dekat Brinchang.

Katanya, kesemua mangsa terdiri tiga lelaki dan tiga wanita itu ditemui dalam keadaan selamat namun mengalami pelbagai kecederaan.

“Kesemua mangsa telah diselamatkan dan dihantar ke Hospital Cameron Highlands untuk rawatan.

“Siasatan berkaitan insiden akan dijalankan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN