Calon baharu, muda mampu beri kemenangan - Utusan Malaysia

Calon baharu, muda mampu beri kemenangan

HAIRI Mad Shah melihat seorang kanak-kanak dalam sukan wushu sempena Majlis Perasmian Hari Sukan Negara 2022 di Dataran Bandaraya Johor Bahru disini. UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Calon baharu dan muda yang akan diberikan kepercayaan oleh Barisan Nasional (BN) untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) mampu memberikan kemenangan kepada parti untuk membentuk kerajaan.

Ketua Pemuda UMNO Johor, Mohd. Hairi Mad Shah berkata, perkara itu terbukti pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang diadakan pada Mac lalu,  seramai tujuh pemimpin muda diangkat menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Pemuda UMNO Johor meletakkan kepercayaan kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad untuk menghantar nama calon terbaik kepada pucuk pimpinan.

“Pemuda UMNO Johor menyerahkan kepercayaan dan kewibawaan kita kepada Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri untuk menghantar nama kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

“Johor sudah terbukti dengan kewibawaan meletakkan calon muda, rata-rata semuanya ‘deliver’. Pada ketika ini sahaja, tujuh orang muda diangkat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri,” katanya selepas merasmikan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Johor di Dataran Bandaraya Johor Bahru, di sini hari ini. 

Semalam, Hasni yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN)  Johor dilaporkan berkata, UMNO akan bertanding di 17 kerusi Parlimen manakala MCA di lapan dan MIC di satu kerusi pada PRU15.

BN akan menampilkan 60 peratus muka baharu pada PRU15 termasuk 30 peratus diperuntukkan kepada golongan wanita.

Mengulas lanjut, Mohd. Hairi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia negeri berkata, pengumuman Hasni itu selari dengan kehendak rakyat.

“Ia terbukti bahawa rakyat mahu melihat, bukan pemimpin lama tidak (dimahukan) tetapi perubahan dalaman kita sendiri,” ujarnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya