Ahli Pas bijak, tidak perlu tunjuk ajar Mohd. Khairuddin -

Ahli Pas bijak, tidak perlu tunjuk ajar Mohd. Khairuddin

MOHD. Amar Abdullah (tengah) ketika menyampaikan anugerah kecemerlangan peperiksaan kepada wakil-wakil pelajar yang hadir pada Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan 2021 Kerajaan Negeri Kelantan di Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan hari ini. UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Penyandang kerusi Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali tidak perlu mengajar ahli Pas mengundi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kerana mereka sudah cukup bijak untuk membuat penilaian.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Abdullah berkata, ahli dan penyokong parti tidak mudah ‘termakan’ dan mendengar pandangan orang luar daripada parti. 

“Sebaliknya, mereka (penyokong dan ahli parti) akan patuh dan mendengar arahan daripada parti. Seperti yang saya katakan sebelum ini. beliau (Mohd. Khairuddin) bukan lagi ahli Pas. Jadi, dia tiada hak sebenarnya sama ada mahu mengajar atau menyuruh ahli-ahli dan penyokong Pas.

“Bukan kerja dia. dia itu siapa sebab dia bukan ahli Pas. Jadi, macam mana dia boleh pandai-pandai ajak ahli dan penyokong Pas undi UMNO, BN dan sebagainya,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan 2021 Kerajaan Negeri Kelantan di Nilam Puri, di sini petang tadi.

Mohd. Amar yang juga Timbalan Menteri Besar memberitahu, Pas tidak menghalang Mohd. Khairuddin untuk bercerita mengenai Muafakat Nasional (MN) tetapi tidak sehingga menyuruh ahli-ahli dan penyokong parti itu mengundi mana-mana parti.

“Kalau beliau mahu bercerita berkenaan pengalaman-pengalamannya yang lepas, ceritalah. Kita tidak boleh menyekatnya dan kita juga tidak tahu apa tujuan beliau di sebalik semua itu,” ujarnya.

Utusan Online semalam melaporkan, ahli dan penyokong Pas perlu mengundi BN pada PRU-15 bagi mengelak kemenangan Pakatan Harapan (PH) yang akan membawa mudarat lebih besar kepada negara.

Mohd. Khairuddin berkata, saranan tersebut adalah berasas kerana pada masa ini hanya BN yang mampu menyekat kemaraan PH dalam PRU15 pada 19 November ini. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya