KUALA LUMPUR: Pas mengingatkan UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk tidak saling berbantah antara satu sama lain. Peringatan itu ditekankan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menerusi ayat 46 surah al-Anfal dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini. “Kepada UMNO dan Bersatu, Pas mengingatkan firman Allah (yang bermaksud) ‘Dan taatilah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu saling berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gagal dan hilang kekuatan kamu serta bersabarlah. Sesungguhnya, Allah berserta orang-orang yang sabar.’ (Surah al-Anfal: 46),” kongsinya. Terdahulu, satu mesyuarat khas Pas ketika ini…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya