10,000 anggota BriSK sedia bantu mangsa banjir  - Utusan Malaysia

10,000 anggota BriSK sedia bantu mangsa banjir 

MOHAMMAD Azwan Ja’afar (duduk) melukis mural pada program Sukarelawan BRISK - Mural Kelestarian Alam “SEED4OURFUTURE” Peringkat Kebamgsaan 2022 di Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental, HRPZ II, Kota Bharu, Kelantan.-UTUSAN/ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kolej Komuniti Malaysia sedia menggerakkan 10,000 anggota Briged Sukarelawan Kolej Komuniti (BriSK) untuk membantu kawasan-kawasan yang dilanda musibah banjir sepanjang Monsun Timur Laut.

Pengerusi BriSK, Mohammad Azwan Ja’afar berkata, sukarelawan yang terdiri dari penuntut kolej komuniti dan politeknik sudah diberikan pendedahan awal berkait dengan kerja-kerja membantu mangsa banjir.

“Alhamdulillah, semua anggota BriSK sudah berada dalam keadaan bersedia untuk digerakkan pada bila-bila masa sebaik sahaja banjir melanda.

“Diharapkan sumbangan ini dapat membantu meringankan beban mangsa yang terlibat dengan musibah berkenaan,” katanya selepas merasmikan Program Sukarelawan BRISK – Mural Kelestarian  Alam “SEED4OURFUTURE” Peringkat Kebamgsaan 2022  di Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental, Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini hari ini.

Mohammad Azwan memberitahu, pada masa yang sama BriSK turut bersedia membantu membaik pulih atau menyelenggara rumah yang rosak akibat banjir.

Katanya, langkah tersebut membolehkan mereka menterjemahkan secara terus ilmu yang dipelajari di dalam kelas ke persekitaran sebenar.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya