Wanita Pakistan didakwa cuba culik kanak-kanak di Genting

Wanita Pakistan didakwa guna kekerasan terhadap kanak-kanak di Genting Highlands

BIBI Nasihat (kanan, duduk) hadir ke Mahkamah Seksyen Raub di Raub, Pahang ditemani suami dan saudaranya selain turut diwakili oleh peguam, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi (berdiri dari kiri).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAUB: Wanita warga Pakistan yang tular dalam sebuah video kerana dikatakan cuba menculik seorang kanak-kanak di Genting Highlands di Bentong dekat sini sebelum ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Raub di sini hari ini.

Wanita terbabit, Bibi Nasihat, 42, yang hadir ditemani suaminya dan seorang saudara lelaki serta seorang rakan wanita diwakili peguam, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi. 

Bagaimanapun, tiada pertuduhan dibacakan dan tiada pengakuan direkodkan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Raub, Ahmad Faizadh Yahaya berikutan tertuduh tidak memahami bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris. 

Timbalan Pendakwa Raya, S. Punitha memohon tertuduh dikenakan ikat jamin RM7,000 dengan dua penjamin warganegara tempatan. 

Amir Khusyari memohon mahkamah untuk mengurangkan jaminan ke atas tertuduh dengan seorang penjamin berikutan tertuduh yang baru sahaja datang ke Malaysia hanya mempunyai seorang sahaja saudara yang memiliki kerakyatan Malaysia. 

Selain itu, Amir Khusyairi memberitahu bahawa tertuduh tidak bekerja dan suaminya dikatakan bekerja sebagai pembantu kedai perabot dengan pendapatan sekitar RM1,600 sebulan. 

Tambahnya, tertuduh juga dikatakan memiliki seorang anak berusia 12 tahun dan hadir ke negara ini bagi mengikuti suaminya yang telah menetap di negara ini sejak 2013.

Menurutnya lagi, permohonan pengurangan jaminan juga berikutan tertuduh yang pertama kali dihadapkan ke mahkamah hanya melakukan kesalahan kecil di bawah Seksyen 350 Kanun Keseksaan kerana melakukan kekerasan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 352 Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda boleh mencapai RM1,000. 

Ahmad Faizadh justeru itu memutuskan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin selain meminta tertuduh menyerahkan passport kepada mahkamah sehingga kes selesai. 

Hakim turut memutuskan 1 November sebagai tarikh sebutan semula kes. 

Sebelum ini tular dalam media sosial mendakwa seorang kanak-kanak hampir menjadi mangsa culik di pusat peranginan itu yang mana seorang lelaki mendakwa diri bapa kepada anak yang hampir diculik tampil menjelaskan cerita sebenar.

Menerusi akaun bernama Jaffrule Zaffrule, mendakwa isterinya didatangi dua warga asing ketika dia bersama rakan ingin bermain permainan.

Katanya, sangkaan awal kedua-dua mereka mungkin ingin mencuri barang yang dijaga isterinya, tetapi sebaliknya wanita warga Pakistan bertindak menarik dan mendukung anaknya.

Dia bagaimanapun tidak membuat laporan polis dan menyerahkan kepada polis bantuan untuk tindakan selanjutnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.