USM tawar khidmat perubatan menyeluruh menerusi PPUSMB -

USM tawar khidmat perubatan menyeluruh menerusi PPUSMB

FAISAL RAFIQ Mahamd Adikan (tiga dari kanan) pada majlis perasmian PPUSMB yang dinaik taraf sebagai sebuah hospital dengan pelbagai kepakaran di Bertam, Pulau Pinang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Pusat Perubatan Universiti Sains Malaysia (USM) Bertam (PPUSMB) bakal dimajukan sebagai sebuah hospital yang memiliki pelbagai kepakaran dan kemudahan merangkumi fasiliti perubatan dan pergigian khusus buat masyarakat setempat menjelang 2027.

PPUSMB yang dijenamakan semula daripada Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) menawarkan perubatan dalaman, rawatan kanak-kanak, pembedahan am dan payudara, perawatan kanser dan kepakaran pergigian seperti ortodontik dan prostodontik.

Naib Canselor USM, Prof. Datuk Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan berkata, penambahbaikan PPUSMB akan dilaksanakan secara berperingkat dan dijangka beroperasi sepenuhnya dalam tempoh lima tahun lagi.

Secara umumnya, tambah beliau, kos sebanyak RM40 juta diperlukan bagi memastikan PPUSMB dapat menyediakan kelengkapan berteknologi tinggi selain meningkatkan kapasiti serta tenaga pakar yang berkhidmat di situ.

“Bagi menampung kos operasi PPUSMB, kita memberi tumpuan kepada pesakit berbayar melalui insurans, pesara kerajaan dan pihak-pihak yang mempunyai perjanjian dengan USM seperti Perkeso.

“Bagaimanapun, usaha mengumpul dana melalui tabung amanah dan sumber dalaman USM, wakaf atau sumbangan syarikat korporat, agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut dijalankan bagi membiayai sebahagian kos rawatan pesakit,” katanya kepada pemberita pada majlis perasmian pusat itu semalam.

Selain PPUSMB, beliau turut merasmikan Pusat Sumber Penyakit Buah Pinggang Kronik (CKDRC), Program Clinical Fellowship PPUSMB-IPPT dan Program ‘Outreach’ kerjasama antara USM dan Kementerian Pengajian Tinggi Prihatin Komuniti Sejahtera (KRIS).

Mengulas lanjut beliau berkata, CKDRC Bertam adalah yang kedua ditubuhkan di USM selepas Hospital USM Kubang Kerian yang beroperasi sejak 2011.

“Penghidap penyakit ini diakui meningkat, namun, tenaga pakar semakin bertambah dan teknik perubatan juga semakin canggih.

“Universiti adalah tempat terhasilnya inovasi dan penubuhan pusat sumber ini menjadi salah satu fasiliti pendidikan yang berfungsi sebagai pusat sehenti bagi pencegahan dan perawatan penyakit buah pinggang kronik secara bersepadu dan sistematik,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya