Tuduhan gangguan seksual Ebit Lew: Keterangan Firdaus Wong

Tuduhan gangguan seksual Ebit Lew: Keterangan Firdaus Wong tumpuan hari ini

ebit lew
EBIT Lew tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Tenom bagi perbicaraan tuduhan kes gangguan seksual
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TENOM: Pendakwah, Firdaus Wong Wai Fung akan menjadi saksi ketiga yang menjadi tumpuan pada perbicaraan bagi pertuduhan kes gangguan seksual yang dihadapi Ebit Lew hari ini.

Firdaus, 39, yang dipanggil sebagai saksi ketiga sejak semalam hanya sempat memperkenalkan diri dan memberitahu mahkamah mengenai sedikit latar belakang pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Multiracial Reverted Muslim (MRM).

Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim,37, hadir di mahkamah dengan wajah yang mesra tersenyum susulan sesi perbicaraan kali ini akan disambung semula pada satu tarikh baharu yang akan ditetapkan oleh Majistret Nur Asyraf Zolhani pada tengah hari ini.

Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim,37, hadir di mahkamah dengan wajah ceria dan tersenyum susulan sesi perbicaraan kali ini akan disambung semula pada satu tarikh baharu yang akan ditetapkan oleh Majistret Nur Asyraf Zolhani hari ini.

Ebit tiba di pekarangan mahkamah pada pukul 9.20 pagi dengan berpakaian serba hitam dan berkopiah putih bersama pengawal peribadi dan peguam belanya.

Pihak pendakwaan memanggil Firdaus sebagai saksi ketiga untuk memberi keterangan berkaitan tuduhan gangguan seksual terhadap Ebit.

Dua saksi telah dipanggil sebelum ini iaitu penceramah motivasi, Mohd. Fairuz Abu atau Akhi Fairuz Al-Jengkawi dan pegawai polis dari Ibu Kontinjen Polis Kedah, Asisten Superitendan, Salwani Mohd Hadzir, 40.

Ebit berhadapan 11 pertuduhan gangguan seksual iaitu membuat hantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita melalui aplikasi Whatsapp yang didakwa berlaku di daerah ini antara Mac hingga Jun 2021.

Beliau didakwa dibawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda atau kedua-duanya sekali bagi setiap pertuduhan. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya