Tian Chua mahu kembali ke Parlimen Batu

Tian Chua mahu kembali ke Parlimen Batu

TIAN CHUA NOTA TERBITAN KOSMO 6 OGOS 2018 ISNIN MUKA 3 060818K Archived By RM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang berhasrat kembali semula ke kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) atas permintaan pengundi di kawasan berkenaan.

Beliau yang pernah menjadi wakil rakyat di kawasan itu selama dua penggal sejak PRU12 berkata, beliau tidak mempertahankan kerusi tersebut pada PRU14 kerana komplot Barisan Nasional (BN) setelah disabitkan bersalah dalam kes menghina kehormatan anggota polis.

“Memang saya mahu kembali ke Parlimen Batu tetapi ia bergantung kepada parti. Saya rasa bukan niat saya seorang tetapi akur pada tuntutan akar umbi. Ramai dalam kalangan masyarakat Batu mahukan saya kekal di kerusi tersebut.

“Saya tidak kisah dengan mana-mana kerusi yang parti ingin calonkan saya cuma setakat ini, rata-rata penduduk Batu mahu saya berkhidmat di Batu,” katanya kepada Mingguan Malaysia ketika dihubungi.

Pada PRU14, kertas pencalonan Tian Chua untuk bertanding di Parlimen Batu dibatalkan oleh Pengurus Pilihan Raya kawasan tersebut berdasarkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang mengekalkan sabitan bersalah terhadap beliau atas pertuduhan menghina kehormatan anggota polis.

Ekoran itu beliau memilih untuk menyokong calon Bebas, P. Prabakaran untuk bertanding kerusi tersebut dan berjaya memperoleh 38,125 undi menewaskan calon Barisan Nasional, Dr Dominic Lau Hoe Chai yang mendapat undi 13,687 , calon Pas, Azhar Yahya (10,610) dan seorang lagi calon Bebas, Datuk V M Panjamothy (383).

Mengulas lanjut, Tian Chua yang juga bekas Naib Presiden PKR berkata, beliau menyokong Prabakaran dalam PRU14 kerana mahu memastikan kemenangan berpihak kepada PH.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN