Selesai isu rakyat, ekonomi sebelum PRU15

Selesai isu rakyat, ekonomi sebelum PRU15

pru15
AHMAD Samsuri Mokhtar (tengah) menyaksikan pertukaran memorandum perjanjian (MoA) antara Terengganu Incorporated (Terengganu Inc) (empat kiri) dengan Jabatan Negeri Yayasan Terengganu (dua kanan) pada Program Memorandum Perjanjian Biasiswa Bakat Muda (YT-TI) di Hotel Le Meridien Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Selesaikan terlebih dahulu isu rakyat dan ekonomi negara sebelum melaksanakan pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Itu jelas Naib Presiden Pas, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar susulan kemungkinan PRU-15 yan dijangka bertembung dengan bencana Monsun Timur Laut (MTL) penghujung tahun ini.

Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu menegaskan, beliau secara peribadi tidak bersetuju PRU15 diadakan akhir tahun ini.

“Adalah tidak wajar untuk mengadakan pilihan raya dengan mengheret rakyat semata-mata kerana mahu menyelesaikan masalah peribadi yang dihadapi oleh individu tertentu.

“Cukuplah kita menyusahkan rakyat terutama mengheret rakyat untuk adakan pilihan raya pada waktu banjir.

“Kita boleh berpolitik tapi janganlah pula mengheret rakyat untuk menyelesaikan masalah peribadi kita,” katanya ketika ditemui selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Yayasan Terengganu dengan syarikat pelaburan induk strategik kerajaan Terengganu hari ini.

Sebelum ini, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, UMNO dan Barisan Nasional (BN) sanggup meredah banjir dan hujan jika PRU15 diadakan tahun ini.

Kenyataan Ahmad Zahid bagaimanapun mendapat reaksi pelbagai pihak termasuk yang menyifatkannya sebagai tidak berhati perut dan menyusahkan rakyat.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Samsuri berkata, beliau senada dengan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan bahawa musuh Pas pada PRU15 adalah Pakatan Harapan (PH) dan bukannya UMNO.

“Malah, perdirian itu sudah dinyatakan dengan jelas pada Muktamar Pas yang diadakan baru-baru ini. Parti konsisten bahawa PH adalah lawan kita dalam pilihan raya,” katanya

Katanya, Pas juga kekal pendirian untuk menjalinkan hubungan dengan UMNO sebagai Rakan Ta’awun. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN