Saya dimalukan, diaibkan -Ahmad Zahid

Saya dimalukan, diaibkan malah telah ditelanjangkan -Ahmad Zahid

ahmad zahid hamidi
AHMAD Zahid Hamidi mengaminkan doa ketika hadir di Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini hari ini. -UTUSAN/UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: “Saya telah diaibkan, dimalukan malah telah ditelanjangkan dengan pelbagai tanggapan.”

Demikian kenyataan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan beliau daripada 40 pertuduhan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN).

Justeru, Presiden UMNO itu bersyukur di atas keputusan mahkamah yang memihak kepada beliau dan menyifatkan undang-undang telah diletakkan pada tempat sewajarnya sejak hari pertama dibicarakan di mahkamah.

“Saya telah dihukum terlebih dahulu oleh ‘mahkamah pandangan awam’ (the court of public opinion). Alhamdulillah, pada hari Jumaat penghulu segala hari ini menyaksikan segala-galanya bahawa perundangan telah menegakkan kebenaran.

“Tentunya saya merasa bahawa apa juga yang telah dipertuduhkan kepada saya, saya merasakan biarpun harus reda dengan ujian yang telah ditimpakan ke atas saya, namun saya istiqamah dan amat yakin bahawa pertuduhan ini tidak pernah saya lakukan.

“Saya amat yakin, selaku pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden UMNO ini adalah kejayaan perjuangan BN dan UMNO,” katanya kepada pemberita semasa sidang media di lobi Mahkamah Shah Alam hari ini.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd. Yazid Mustafa melepas dan membebaskan Ahmad Zahid daripada 40 pertuduhan rasuah dihadapinya selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap beliau.

Sebelum ini, Ahmad Zahid berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SG$13.56 juta daripada syarikat Ultra Kirana Sdn. Bhd. (UKSB) untuk dirinya sebagai Menteri Dalam Negeri ketika itu melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali perkhidmatan Pusat Sehenti (OSC) di China dan membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh Kementerian Dalam Negeri.

Beliau turut berdepan tujuh pertuduhan lain mendapatkan untuk dirinya wang tunai SG$1.15 juta, RM3.125 juta; 15,000 Swiss Franc dan US$15,000 daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan tugas rasmi beliau ketika itu.

Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya dan Country Heights Kajang antara Oktober 2014 dan Mac 2018.

Tidak cukup dengan kes di Mahkamah Tinggi di sini, beliau juga sedang menjalani perbicaraan bela diri terhadap 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram melibatkan dana Yayasan Akalbudi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya