fbpx

Pkharuddin dilantik Ketua Pengarah Pendidikan baharu

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan pelantikan Datuk Pkharuddin Ghazali, 59, sebagai Ketua Pengarah Pendidikan (KPPM) yang baharu berkuat kuasa 23 September lalu.

KPM menerusi kenyataan akhbar berkata, Pkharuddin sebelum ini menjawat jawatan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Dasar dan Kurikulum).

Menurutnya, Pkharuddin berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) pengkhususan dalam bidang Geografi dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur dan memulakan perkhidmatan sebagai guru di Sekolah Menengah King George V, Seremban, Negeri Sembilan pada 1 Ogos 1989.

“Dalam tempoh 33 tahun dalam perkhidmatan, beliau berkhidmat di pelbagai organisasi dalam KPM antaranya, Penolong Pengarah Sektor Penilaian dan Peperiksaan di Lembaga Peperiksaan, Pengetua di SMK Taman Semarak, Nilai, Negeri Sembilan.

“Beliau juga pernah menjawat Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Ketua Sektor Jaminan Kualiti, Timbalan Pengarah serta Pengarah di Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Pengarah Peperiksaan di Lembaga Peperiksaan,” katanya.

Katanya, KPM yakin Pkharuddin dapat menerajui perkhidmatan pendidikan serta meneruskan kesinambungan dalam memacu transformasi pendidikan. –UTUSAN

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN