Perdana Menteri disambut bagai wira - Utusan Malaysia

Perdana Menteri disambut bagai wira

ISMAIL Sabri Yaakob disambut bagai wira setibanya di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kepulangan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke tanah air daripada Perhimpunan Agung PBB (UNGA) ke-77 disambut meriah di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi.

Ismail Sabri digambarkan sebagai wira selepas mempamerkan keberaniannya untuk memperjuangkan isu hak asasi manusia sejagat dengan menentang penindasan yang berlaku di Palestin dan Myanmar.

Ketika dalam ucapannya di perhimpunan yang berlangsung di New York itu, Ismail Sabri turut lantang mengkritik ketidakadilan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung kuasa veto.

Ismail Sabri juga merupakan antara pemimpin negara yang menonjol di UNGA kerana telah berucap dalam bahasa Melayu sekaligus dilihat sebagai pejuang bahasa rasmi negara. 

Beliau sebagai Perdana Menteri negara mengangkat bahasa kebangsaan negara ini ke tahap yang lebih tinggi. 

Perdana menteri bersama rombongannya tiba di KLIA kira-kira pukul 11 malam dan disambut oleh ribuan yang hadir. 

Di antara pemimpin yang hadir ialah Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahadzir Khalid; Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar; Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Sadique.

Turut sama ialah Tokoh Bahasa merangkap Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Seri Prof. Awang Sariyan; Ketua Pengarah DBP, Datuk Abang Sallehuddin Abang Shokeran; Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Dr. Mohamad Salleh Rahamat dan Gabungan Penulis-Penulis Nasional Malaysia (GAPENA), Datuk Zainal Abidin Borhan.

Awang Sariyan mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada Perdana Menteri kerana mengotakan kata untuk mengangkat Bahasa Melayu ke peringkat tertinggi. 

“Ertinya beliau mengatakan bahasa Melayu patut diangkat ke peringkat antarabangsa dan telah membuktikannya.

“Bukan sahaja di peringkat ASEAN bahkan peringkat PBB yang merupakan satu pertemuan terbesar, pertemuan paling mulia di peringkat dunia dan ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu telah mengulang sejarahnya,” katanya. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya