Penyeludupan di Sungai Golok makin rancak ketika fasa peralihan

Penyeludupan di Sungai Golok makin rancak ketika fasa peralihan endemik

MUHAMAD Zaki Harun (tengah) bersama anggota dan pegawai yang terlibat dalam Majlis Penutup Kursus 'B' Full di Padang Kawad Batalion 8, Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa Kota Bharu, Kelantan hari ini.UTUSAN/ROSALWANI CHE SOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Aktiviti penyeludupan di kawasan Sungai Golok di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini dilihat semakin rancak selepas pintu sempadan dibuka Mei lalu ketika negara berada di fasa peralihan endemik berbanding Covid-19 dua tahun lalu. 

Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun bagaimanapun berkata, pihaknya akan terus mengadakan pemantauan secara berterusan dalam membendung aktiviti tersebut termasuk mengadakan kerjasama dengan pelbagai agensi di sempadan.

“Selain barangan kontraban, tangkapan melibatkan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan pemerdagangan manusia turut menjadi keutamaan pihak polis kerana ia melibatkan keselamatan negara.

“Dalam tempoh dua bulan iaitu Ogos sehingga September sebanyak 308 PATI yang masuk menggunakan laluan tidak diwartakan ke negara ini telah berjaya di berkas,” katanya selepas ditemui merasmikan Majlis Penutup Kursus ‘B’ Full di Padang Kawad Batalion 8, Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa hari ini. 

Muhamad Zaki memberitahu, sepanjang tempoh Ogos hingga September lalu pelbagai barangan seludup membabitkan nilai RM7.7 juta telah berjaya dirampas menerusi penugasan Op Wawasan Kelantan oleh PGA.

Dalam perkembangan lain, Muhamad Zaki berkata, 60 peratus remaja bawah 17 tahun dikesan terlibat dengan kegiatan mat rempit.

Katanya, kesemua pelajar yang terlibat terus merujuk kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk tindakan susulan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya