PETALING JAYA: Kelemahan penyelarasan dan perancangan antara agensi dan pihak berkuasa tempatan (PBT) menyebabkan masalah pencemaran air sukar diatasi. Pegawai Penyelidik Kanan Sahabat Alam Malaysia (SAM), S, Mageswari berkata, tindakan awal perlu diambil termasuk mewujudkan satu badan berkuasa bagi melindungi sumber air negara. Katanya, penguatkuasaan terhadap aktiviti tidak bertanggungjawab perlu dipertingkatkan bagi melindungi sumber air daripada tercemar dan terjamin bersih. “Jabatan Alam Sekitar (JAS) sudah laporkan salah satu punca pencemaran…










