lelaki itu sudah dilepaskan dan sedang menjalani program

Orang Bebas Berlesen (OBB) hilang semasa bekerja

ORANG Bebas Berlesen dipercayai hilang semasa sedang bekerja sebagai buruh bersama tiga rakannya di pusat bandar Kota Bharu, Kelantan semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang lelaki yang merupakan Orang Bebas Berlesen (OBB) dipercayai hilang semasa bekerja sebagai buruh bersama tiga rakannya di pusat bandar ini semalam.

OBB yang berusia dalam lingkungan 30-an dan telah menjalani hukuman penjara selama 10 bulan atas kesalahan dadah itu disedari hilang di tempat kerjanya kira-kira pukul 5 hingga 6 petang.

Pengarah Penjara Kelantan, Penolong Kanan Komisioner Mat Yaacob berkata, pihaknya menyedari kehilangan banduan terbabit selepas dihubungi oleh majikan dan salah seorang rakannya yang bekerja dengan lelaki itu.

Menurutnya, OBB terbabit sudah dilepaskan dari penjara dan kini berada di bawah pengawasan parol untuk menjalani Program Pemulihan Dalam Komuniti.

“Kita sedang mengesan OBB terbabit sejak semalam selepas menerima maklumat berhubung kehilangannya yang berasal dari Gua Musang.

“Pegawai parol turut memaklumkan berhubung kehilangan OBB terbabit kepada saya petang semalam. Oleh itu, saya memohon agar orang ramai tidak menyebarkan maklumat yang tidak benar,”katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mat memberitahu, lelaki itu sudah dilepaskan dan sedang menjalani program pemulihan komuniti di bawah parol selama sebulan sebelum dibebaskan sepenuhnya.

Katanya, sehubungan itu, pihaknya meminta kerjasama orang ramai menghubungi pihak parol dan Perkhidmatan Komuniti Kota Bharu sekiranya mempunyai maklumat mengenai OBB tersebut. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN