Mitra kembali di bawah JPM

Mitra kembali di bawah JPM

ISMAIL Sabri Yaakob menerima cenderamata daripada SA Vigneswaran sempena pelancaran Briged MIC Kebangsaan di Stadium Axiata, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, hari ini. – UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra) diletakkan semula di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) dari Kementerian Perpaduan Negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pengumuman tersebut adalah bagi memenuhi hasrat Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran.

“Saya bersetuju Mitra di­le­takkan terus di bawah Perdana Menteri atau Jabatan Per­dana Menteri. Saya juga bersetuju untuk menubuhkan Yayasan Mitra.

“Cadangan Tan Sri (Vignes­waran) supaya dimasukkan Ba­jet 2023 iaitu sejumlah RM2 ju­ta untuk pelajar dari keluarga miskin tegar.

“Tak perlu tunggu bajet, hari ini saya luluskan RM2 juta,” katanya ketika melancarkan Briged MIC Kebangsaan dan Pameran Pencegahan Jenayah di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil, di sni, semalam.

Selain itu, Ismail Sabri memberitahu, cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh MIC akan turut dipertimbangkan oleh kerajaan.

“Penambahan peruntukan Universiti Aimst dan lain-lain yang dibangkitkan akan saya bawa ke mesyuarat jawatan­kuasa khas Kabinet mengenai pembangunan ekonomi masyarakat India diwakili oleh MIC termasuk Vigneswaran dan Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan dan beberapa individu penting mewakili masyarakat India.

“Insya-Allah, semua perkara yang dibangkitkan akan kita bincangkan dan akan kita umum selepas ini mengikut yang diluluskan oleh kerajaan, seperti yang dicita-citakan MIC,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN