Masalah rumah tangga punca guru cuba terjun jambatan - Utusan Malaysia

Masalah rumah tangga punca guru cuba terjun jambatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Masalah rumah tangga dan kemurungan dipercayai menjadi punca seorang guru wanita berpurdah  terjun dari Jambatan Sultan Yahya Petra di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, siasatan mendapati wanita berusia 54 tahun itu tidak menaiki kenderaan semasa kejadian dan berjalan kaki dari arah Kota Bharu menuju ke Tumpat.

Menurut beliau, polis menerima maklumat awal mengenai kejadian itu menerusi panggilan kecemasan pukul 2.31 petang.

“Orang awam yang juga saksi kejadian melihat wanita itu berada dalam keadaan mencurigakan semasa berada di atas jambatan tersebut.

“Saksi menahan mangsa yang disyaki  cuba bunuh diri dengan terjun dari jambatan itu.  Saksi berkenaan membantu wanita terbabit sebelum dia dibawa ke Balai Polis Wakaf Baru, Tumpat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Rosdi berkata, hasil  temu bual, wanita itu memaklumkan dia cuba  bunuh diri disebabkan masalah rumah tangga dan kemurungan.

Katanya, wanita terbabit kemudian dirujuk ke hospital dan tiada sebarang kecederaan dialaminya dalam kejadian tersebut.

Utusan Online semalam melaporkan, seorang wanita yang memakai jubah dan berpurdah membatalkan niatnya untuk terjun dari jambatan Sultan Yahya Petra di sini selepas dipujuk orang awam.

Wanita tersebut berasal dari Pengkalan Chepa di sini dan dipercayai cuba memanjat tembok jambatan pada  pukul 1.40 tengah hari sebelum diselamatkan pengguna jalan raya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.