Lebih 300 penggiat semi tekstil, artisan, penenun ASEAN

Lebih 300 penggiat seni tekstil, artisan, penenun ASEAN berhimpun 

AL-SULTAN Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Tunku Azizah berkenan melihat Tenun Pahang Diraja ketika melawat pameran selepas merasmikan Simposium Tekstil Tradisional ASEAN ke-8 di Hotel Marriot, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenaan merasmikan Simposium Tekstil Tradisional ASEAN Ke-8 2022 yang menghimpunkan lebih 300 penggiat seni tekstil, artisan dan penenun dari negara-negara anggota dan rantau lain.

Bertemakan ‘Celebrating Textiles: A Journey’, simposium Yayasan Tenun Pahang Diraja selaku tuan rumah adalah merupakan platform membincangkan serta berkongsi maklumat mengenai isu berkaitan pemeliharaan dan kelestarian tekstil tenunan asli di rantau ini.

Dalam titah perasmian, Seri Paduka Baginda menzahirkan keterujaan majlis ini yang menjadi ‘buah hati’ Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah kerana seni kraftangan dan budaya amat dekat di hati baginda.

“Raja Permaisuri begitu sibuk dalam memastikan simposium ini berjaya dengan meletakkan seluruh tenaga dan usaha untuk menjayakan majlis ini. 

“Beta diberitahu maklum balas daripada peserta amat luar biasa, lebih 300 penggiat seni tekstil hadir dan seramai 19 pembentang kertas kerja terlibat dari seluruh dunia,” titah baginda di sini hari ini.

Sebanyak 19 kertas kerja akan dibentangkan oleh 13 buah negara terlibat iaitu Brunei, Kemboja, India, Indonesia, Kanada, Laos, Filipina, Myanmar, Belanda, Singapura, Thailand, Vietnam dan Malaysia yang berlangsung selama enam hari bermula 25 hingga 30 September 2022 di Hotel Marriott Putrajaya.

Simposium yang dianjurkan dua tahun sekali ini turut menampilkan pameran tekstil termasuk koleksi tenun peribadi Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong serta demonstrasi pembuatan kraf seperti Tenun Pahang Diraja, songket, siambitan Sabah, pua kumbu Sarawak, anyaman mengkuang, ukiran kayu serta jualan pelbagai kraf.

Simposium Tekstil Tradisional ASEAN bermula sejak tahun 2005 yang mana Indonesia merupakan penganjur pertama dan diteruskan lagi di Filipina pada 2009, Malaysia (2011), Vietnam (2013), Thailand (2015), Brunei (2017) dan kali terakhir di Indonesia (2019).

Yayasan Tenun Pahang Diraja ditubuhkan pada 29 September 2017 bertujuan memajukan Tenun Pahang Diraja sebagai perusahaan kraf warisan yang boleh meningkatkan taraf hidup rakyat dengan mewujudkan peluang pekerjaan untuk penggiat seni dan penenun.

Yayasan ini berada di bawah naungan Al-Sultan Abdullah, manakala Tunku Azizah  merupakan Pengasas Bersama dan juga Penerusi bagi yayasan ini. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya