Kerajaan perlu dedah segera laporan siasatan buku Tommy

Kerajaan perlu dedah segera laporan siasatan buku Tommy Thomas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Laporan hasil siasatan ke atas buku memoir bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas wajar didedahkan segera kerajaan.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini kerana ia penting bagi masyarakat umum mengetahui perihal sebenar membabitkan bekas Peguam Negara `lantikan politik’ tersebut.

Malah, jelas Ahmad Zahid lagi, laporan itu tidak sepatutnya dibiarkan disimpan terlalu lama kerana dibimbangi kontroversi akan mengulangi kertas siasatan kes Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

“Laporan Pasukan Petugas Khas itu juga penting kerana ia berpotensi mendedahkan mengenai isu pendakwaan terpilih yang berlaku semasa kerajaan Pakatan Harapan (PH),” katanya menerusi Facebook, hari ini.

Ogos tahun lalu, Majlis Kerja Tertinggi UMNO Ogos meminta supaya kerajaan segera menubuhkan segera Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat pendedahan buku Tommy.

Susulan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar memaklumkan laporan akhir pasukan petugas khas siasatan terhadap dakwaan dalam buku “My Story: Justice in the Wilderness” tulisan Tommy akan dibentangkan kepada jemaah Menteri dalam masa terdekat.

Katanya, pembentangan itu ia bagi mendapatkan arahan dan mandat berhubung tindakan susulan yang perlu dilaksanakan.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid turut berkata, laporan itu juga mendedahkan kemungkinan berlaku campur tangan urusan kehakiman oleh seorang bekas Perdana Menteri untuk kepentingan politiknya.

“RCI itu amat penting kepada negara kerana ia mengundang tanda tanya mengenai campur tangan politik dalam institusi Peguam Negara, Kehakiman dan Keselamatan.

“Bagaimanapun kita berharap dakwaan bahawa Peguam Negara kerajaan sekarang mengesyorkan laporan akhir siasatan itu tidak didedahkan kepada umum sekadar desas-desus,” katanya lagi. –UTUSAN

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya