HPPNPs sasar 60,000 pengunjung, RM400,000 hasil jualan -

HPPNPs sasar 60,000 pengunjung, RM400,000 hasil jualan

AZLAN Man meninjau salah sebuah gerai jualan murah ‘Happy Hour’ kepada pengunjung yang hadir ke HPPNPs di pekarangan Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar, Perlis hari ini. -UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Perlis (HPPNPs) dijangka menarik seramai 60,000 pengunjung menerusi penganjuran selama empat hari bermula Khamis lalu.

Penganjuran HPPNPs yang berlangsung di pekarangan Stadium Tuanku Syed Putra itu turut mensasarkan nilai jualan sebanyak RM400,000.

Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man berkata, terdapat lebih 80 organisasi terdiri daripada agensi kerajaan dan swasta mengambil bahagian dalam HPPNPs kali ini yang mendapat sambutan amat memberangsangkan.

“Jumlah kehadiran pengunjung yang ramai juga menunjukkan bahawa masyarakat mula melihat pertanian ini merupakan satu bidang yang menjanjikan pulangan baik daripada segi pendapatan dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran HPPNPs di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri, Perusahaan, Perladangan dan Komoditi negeri, Nurulhisham Yaakob dan Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Perlis, Datuk Tengku Aziz Tengku Jaafar.

HPPNPs menyediakan pelbagai pengisian menarik buat pengunjung antaranya seperti gerai jualan, ruang pameran melibatkan agensi berkaitan, jualan murah ‘happy hour’, persembahan seni budaya dan pelbagai lagi.

Dalam pada itu, Azlan berkata, kerajaan negeri sememangnya menggalakkan masyarakat untuk terlibat dalam bidang pertanian secara komersial sama ada kecil, sederhana dan besar.

“Kerajaan negeri juga mempunyai lebih 500 ekar (202.343 hektar) tanah yang boleh ditawarkan kepada mana-mana pengusaha ingin menanam tanaman secara komersial,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN