DAP kemukakan dasar untuk menghadapi negara tua -

DAP kemukakan dasar untuk menghadapi negara tua

HOWARD Lee memetik sebahagian ayat 59 surah an-Nisa’ dan mengaitkannya dengan pemimpin Pas yang didakwanya membawa fahaman Khawarij yang mengkafirkan umat Islam yang lain mengakibatkan beliau menjadi sasaran kecaman ahli dan pemimpin Pas.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: DAP akan membentangkan sebuah pelan untuk menghadapi cabaran Malaysia sebagai negara tua iaitu Pelan Kesiagaan Ekonomi Penjagaan dan Masyarakat Menua Nasional (SiagaJaga) yang memberi kebaikan kepada seluruh pihak terlibat.

Ahli Jawatankuasa Pelan Tindakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) DAP Kebangsaan, Howard Lee Chuan How berkata, SiagaJaga akan menjadi salah satu manifesto untuk Pakatan Harapan (PH) dengan matlamat menawarkan penyelesaian terhadap cabaran tersebut.

Menurut beliau, SiagaJaga akan merangkumi agenda dan pelan tindakan yang akan fokus kepada tiga tonggak iaitu penjaga, penerima penjagaan serta institusi bagi mengatasi cabaran Malaysia menjadi negara tua.

“Dalam ekonomi yang semakin hari semakin mencabar ini, memenuhi tanggungjawab menjaga warga emas yang tersayang berkemungkinan menjadi penghalang pada sesetengah golongan untuk mencapai potensi kerjaya dan profesional mereka.

“Malah, ada sesetengah golongan disekat mencari nafkah untuk keluarga, terlampau kerap kita dengar dan lihat warga anak muda yang terpaksa memilih untuk terus bekerja ataupun menjaga warga emas.

“Ini bukan satu pilihan yang manusia, itu adalah pilihan perlu kita hindari. Kita tak boleh benarkan individu terpaksa membuat pilihan antara satu dan lain,” katanya semasa sidang media, di sini.

Mengikut takrifan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Malaysia kini tergolong dalam kategori negara menua dengan kadar penduduk berumur 65 tahun ke atas sudah melebih sebanyak tujuh peratus.

Manakala, mengikut trajektori Kadar Kelahiran Kasar (CBR), Kesuburan Jumlah (TFR), Kadar Kematian Kasar (CDR) Malaysia bakal menjadi negara tua menjelang tahun 2045 dengan peningkatan sebanyak 17 peratus warganya berumur 65 tahun ke atas.

Howard Lee berkata, sebagai bakal kerajaan yang berpandangan jauh, PH akan menyuntik sejumlah pelaburan awam dan menggalakkan pelaburan swasta ke dalam sektor perkhidmatan dan prasarana penjagaan serta sistem perlindungan sosial yang lebih inklusif mahupun komprehensif.

“Ia akan bermula dengan sebuah jawatan kuasa rentas kementerian yang akan dipimpin oleh Menteri Kebajikan Masyarakat dan Keluarga dan merangkumi kementerian lain. Kita akan membentangkan kepada Parlimen serta seluruh rakyat Malaysia mengenai SiagaJaga ini,” jelasnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya