Amanah label Pas miliki masalah keyakinan diri - Utusan Malaysia

Amanah label Pas miliki masalah keyakinan diri

MOHAMAD Sabu (dua dari kanan) sempat beramah mesra dengan ahli dan perwakilan Amanah Negeri Kelantan pada Majlis Fundraising Jamuan Laksa Menuju PRU 15 di Kota Bharu, Kelantan hari ini.-UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU : Parti Amanah Negara (Amanah) melabelkan Pas mempunyai masalah keyakinan diri sehingga terpaksa bergantung kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan UMNO demi survival politik pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, situasi itu dapat dilihat apabila pendirian Pas sering berubah-rubah ketika ini.

“Buat masa ini saya tidak nampak Muafakat Nasional (MN) dapat diselamatkan. Bagaimanapun itu semua hak Pas dan UMNO untuk menentukannya.

“Di mata Pakatan Harapan (PH) kita tidak nampak bagaimana MN dapat diselamatkan,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas menghadiri Majlis Fundraising Jamuan Laksa Menuju PRU 15 di sini hari ini.

Ahli Parlimen Kota Raja itu berpendapat pertandingan empat penjuru pada PRU 15 akan memberi lebih banyak kelebihan kepada Pakatan Harapan (PH) berbanding Pas di Kelantan.

Katanya, PH sendiri tidak tahu sama ada ia akan memberi kelebihan kepada Pas untuk mengekalkan kuasa sebagai kerajaan negeri di sini atau sebaliknya tetapi mendakwa penyokong teras Pas semakin berkurang.

“Kita dapat lihat banyak antara ketua-ketua cawangan Pas kini telah mula menghadiri program-program anjuran PH. Jadi saya yakin akan berlaku perubahan di Kelantan.

“Kekuatan Amanah juga semakin bertambah di negeri ini dan kita berasa lebih yakin apabila bersama-sama rakan-rakan dari PKR dan Dap,” ujarnya. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya