Peguam Syarie, Musa Awang yang mewakili Tengku Ibrahim

Waris Sultan Zainal Abidin III mohon semakan keputusan rayuan tanah pusaka 

TENGKU Ibrahim Sultan Ismail Nasiruddin Shah (duduk) berbincang dengan Musa Awang (kiri) di pekarangan Mahkamah Rayuan Syariah Negeri di Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/ZAID MOHD. NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seramai 309 waris Sultan Zainal Abidin III memfailkan permohonan semakan keputusan rayuan syariah negeri terhadap status seluas 5,463 hektar tanah Cap Zuriat Sungai Mengkuang (CZSM) di Kemaman yang diambil balik daripada kerajaan negeri pada 1923 di Mahkamah Rayuan Syariah Negeri di sini, hari ini.

Dalam permohonan dan afidavit setebal 38 muka surat dan mengandungi 14 lampiran bukti keterangan, waris Sultan Zainal Abidin III yang diwakili Tengku Ibrahim Sultan Ismail Nasiruddin Shah menamakan kerajaan negeri Terengganu sebagai responden.

Peguam Syarie, Musa Awang yang mewakili Tengku Ibrahim berkata,  waris terbabit  memohon Mahkamah Rayuan Syariah Negeri memutuskan tanah CZSM itu masih kekal sebagai harta pusaka yang masih belum dibuat pembahagian.

Menurutnya, tanah tersebut yang dipindahkan kepada kerajaan negeri itu dibangunkan  sebagai tanah rancangan Felda dan diagih-agihkan kepada peserta.

Sehubungan itu, katanya, harta pusaka Sultan Zainal Abidin III tersebut perlu diganti dengan tanah lain melalui kaedah penggantian istibdal tanah yang lain.

“Waris terlibat memohon Mahkamah Rayuan Negeri memerintahkan responden iaitu kerajaan negeri menggantikan dan melaksanakan istibdal tanah harta pusaka Sultan Zainal Abidin III seluas 5,463 hektar ke lokasi lain yang dikenal pasti atau dicadangkan oleh pemohon,’ katanya ketika ditemui di pekarangan Mahkamah Syariah Negeri di sini, hari ini.

Turut hadir di mahkamah itu ialah Tengku Ibrahim.

Musa memberitahu, tindakan tersebut diambil selepas kerajaan negeri tidak mendapat maklum balas mengenai permohonan menggantikan tanah pusaka tersebut  selepas mengadakan perjumpaan  dengan Menteri Besar pada 4 April tahun lepas.

Katanya, permohonan itu dibuat mengikut hukum syarak di bawah Perkara 49A (3) Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu.

“Pihak pemohon kini menunggu tarikh sebutan rayuan tersebut daripada Mahkamah Rayuan Syariah Negeri,” ujarnya. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya