Tiada laporan rakyat terpengaruh ajaran Hadi Minallah di Johor - Utusan Malaysia

Tiada laporan rakyat terpengaruh ajaran Hadi Minallah di Johor

MD. ROFIKI A. SHAMSUDIN (dua dari kanan) menyaksikan penyerahan dokumen antara Rektor MARSAH, Prof. Madya Dr. Hussin Salamon (dua dari kiri) kepada Penolong Pengarah Kanan Unit Pengurusan Sekolah Sekolah Bahagian Pendidikan Islam Ahmad Dhiauddin Salimin pada Majlis Menandatangani Nota Kerjasama Bagi Gunasama Bangunan Sekolah Agama Kampung Aman Larkin di Dewan Besar MARSAH, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) tidak menerima sebarang laporan tentang umat Islam yang terjebak atau terpengaruh dengan ajaran sesat Hadi Minallah setakat ini.

Pengarahnya, Datuk Md. Rofiki A. Shamsudin berkata, isu ajaran sesat tersebut masih terkawal dan pihaknya akan terus menjalankan pemantauan bersama-sama pihak berkuasa lain bagi membendung penyebaran fahaman songsang itu.

Katanya, siasatan akan terus dijalankan susulan pengesanan cubaan ajaran sesat Hadi Minallah untuk bertapak dan menyebarkan ajaran tersebut di kawasan Kota Tinggi.

“Kita memang sentiasa buat pemantauan bersama-sama pihak berkuasa dan juga pihak keselamatan memastikan tidak berlaku penyebaran ajaran sesat itu. 

“Kita tidak mahu umat Islam di negeri ini berpecah dalam soal akidah. Oleh itu, kita akan pastikan mana-mana ajaran yang tidak selari dengan apa yang difatwakan akan ditegah,” katanya ditemui selepas Majlis Menandatangani Nota Kerjasama Bagi Gunasama Bangunan Sekolah Agama Kampung Aman di Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH), di sini hari ini. 

Pada 4 Ogos lalu, tular video berdurasi 7 minit 30 saat memaparkan seorang lelaki mendakwa sebagai pengasas ajaran itu, Wayang Hadi Kesumo atau Hadi Minallah Aminnullah Ahmad berasal dari Indonesia.

Dia mengaku tiada agama dan menyebarkan fahaman makrifat sesat, Nur Muhammad serta pluralisme agama yang dakwanya Tuhan tidak melihat agama selain turut menolak hadis.

Dalam pada itu, Md. Rofiki berkata, gunasama itu melibatkan lapan sekolah agama itu bertujuan menempatkan Pusat Bahasa Arab sementara di MARSAH tersebut sebelum membina pusat lebih teratur dan lengkap.

Ia juga merupakan salah sebuah daripada dua Pusat Bahasa Arab di Asia Tenggara, yang diiktiraf Universiti Al Azhar, Mesir, selain Indonesia. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.